Pop Art: March 2008
Pop Art

Pop Art / Seni Pop

Pop Art ataupun Seni Pop juga merupakan salah satu jenis seni yang menarik.  
Yang pasti ia tidaklah seperti Bauhaus yang terlalu mengikut disiplin seni 
dan reka bentuk.  Pop Art sudah lama wujud iaitu sejak akhir 1950-an lagi 
sehinggalah sekarang.  Perkembangan Pop Art di negara seperti England, 
Amerika, Jepun dan negara lain lagi adalah berbeza.  Sebenarnya Pop Art 
berasal dari England iaitu pada tahun 1950-an.  Kemudian pada tahun 1960-an 
barulah pergerakan seni ini berkembang di Amerika.  Pengasas bagi Pop Art 
di England pada tahun 1950-an ialah Richard Hamilton dan Eduardo Paolozzi. 
Mereka berdua ini juga pernah menyertai Independent Group.  Kemudian 
bermulanya tahun 1960-an, Pop Art di England diteruskan pula oleh Peter 
Blake, Patrick Caulfield, David Hockney, Allen Jones dan juga Peter Phillips.  
Manakala di Amerika pula, awal kemunculan Pop Art di pelopori oleh Jim Dine, 
Roy Linchtenstein dan juga Robert Rauschenberg.  Pop Art berkembang di Amerika 
deiring dengan Perang Dunia ke-2 dan juga akibat kehendak masyarakat terhadap 
barang keperluan harian.


 

Kenapa Pop Art wujud???


Jika dilihat nama “Pop Art”, “Pop” ialah singkatan bagi popular yang bermaksud 
terkenal atau mempunyai daya tarikan.  Oleh itu boleh dikatakan bahawa pop art 
adalah suatu seni komersil dan boleh dilihat oleh semua orang.  Ada juga 
yang mengatakan bahawa Pop Art adalah seni yang suci kerana Pop Art boleh 
dilihat oleh semua orang tanpa mengira martabat atau darjat seseorang individu 
itu.  Ini adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan seni yang dihasilkan 
pada zaman dulu seperti zaman Leonardo da Vinci dan juga Picasso kerana karya 
mereka hanya boleh dilihat oleh kerabat diraja dan golongan besar saja.  
Pop Art juga dikatakan wujud sebagai tindak balas menentang ekspressionsime 
abstrak dimana aliran ekspressionsime abstrak membuang objek-objek figuratif 
untuk tujuan Realisme yang kuat.  Oleh itu, wujudlah Pop Art dan membawa kembali 
objek figuratif dalam seni.  Peningkatan dalam pengeluaran barangan pengguna pada 
akhir tahun 1960-an akibat ledakan ekonomi juga menjadi salah satu faktor mengapa
wujudnya Pop Art.  Pop Art pada ketika itu digunakan dalam pengiklanan bertujuan 
untuk memasarkan barangan kepada pengguna. 


Ciri-ciri Pop Art

Pop Art biasanya menggunakan imej-imej bergambar dan ikon.  Imej tersebut
biasanya dihasilkan dengan ciri-ciri humor dan juga kritikan.  Selain itu,  
imej Pop Art juga berdasarkan sesuatu nilai yang biasa dalam kehidupan kita 
seperti komik, kartun dan iklan.  Bagi penghasilan karya pula, artis Pop Art
menggunakan teknik-teknik yang mudah dan cepat seperti hard-edge.  Dan yang 
paling penting ialah penggunaan warna dalam Pop Art adalah warna yang lebih 
ceria dan menyerlah.  Perkembangan teknologi pencetakan pada era 1960-an 
juga banyak membantu dalam perkembangan Pop Art iaitu membenarkan hasil 
dicetak dengan warna yang menarik dan ceria.  Jika pada masa itu teknologi 
pencetakan adalah semaju dengan yang ada sekarang, sudah tentu Pop Art akan 
berkembang dengan lebih maju lagi.  Warna yang digunakan dalam Pop Art adalah 
jenis spot color dan juga kontra.  Garisan pada imej juga adalah tebal.  

     

                                     
Monday, March 10, 2008
Pop Art

Labels: ,

posted by RuDe-DoPe @ 3:31 AM   0 comments
 
About Me

Name: RUDOLF ALFRED MARUKIN
Home: BELURAN, SABAH
About Me: Hey there..so this is my first blog. My aim for this blog is to share all the interesting fact and history in the world. Enjoy reading my article and please leave your feedback. Thanx...


See my complete profile
Previous Post
Archives
Shoutbox

xSWEET IS THE MELODYx

Links
Powered by



BLOGGER